Wednesday, November 26, 2008

MELAYU SATU NI PUN BUAT MALU...

Kalaulah benar-benar terjadi orang-orang yang akan berdemonstrasi di hadapan SUK Selangor dengan berbogel, betapa malunya aku sebagai orang melayu! Sudahlah di kenali dengan Pengkid, Mat Rempit, Kaki dadah, politik wang dan kali ini dengan Bogel. Mana aku nak letak muka bila berjumpa dengan bangsa lain? Melayu yang melakukannya, perlu dihukum 'kasi' kerana otaknya macam lembu.!



Demonstrasi berbogel: Lembu pun tahu tutup kemaluan, kata Nik Aziz
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pihak yang menganjurkan demonstrasi berbogel sebagai tidak bertamadun dan lebih buruk daripada binatang.
Mursyidul Am Pas itu berkata tindakan seumpama itu bercanggah dengan sifat orang Islam dan mereka yang melakukan tindakan itu sudah hilang naluri kemanusiaan dalam diri mereka.
Bahkan, katanya, bagi orang Islam untuk masuk ke dalam tandas, yang tiada siapa melihat ketika berbogel bersendirian, Islam tetap meminta umatnya menjadikan amalan membacakan doa supaya dijauhi daripada syaitan.
"Binatang seperti lembu pun, walaupun dia telanjang bulat, Tuhan ciptakan ekor untuk tutup kemaluannya daripada dilihat inikan kita manusia yang dianugerahkan akal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.
Beliau mengulas hasrat Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor kerana membantah kenaikan sewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata pihaknya membantah kenaikan sewa itu dari RM124 kepada RM250 sebulan.
Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz menasihatkan pihak Reformis supaya mengambil pendekatan yang lebih baik dan rasional dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Beliau berkata cara demonstrasi berbogel itu bukannya cara manusia menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada cara binatang atau "monyet".
Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihati ibu bapa supaya menjaga anakanak mereka ketika musim tengkujuh yang semakin hampir kerana khuatir mereka menjadi mangsa banjir.
BERNAMA

No comments: