Wednesday, November 12, 2008

KERANA GAWAT WANG

Anda baca artikel di bawah dan ini membuktikan bahawa rakyat semakin teruk dengan kuasa beli yang ada. Bahawa benarlah 'harga barangan dipasaran' sekarang belum menurunkan harga, walaupun telah dinaikkan harga kerana harga minyak naik. Benarlah bahawa rakyat sedang tertekan, apatah lagi yang berpendapatan rendah. benarlah juga pekerja awam yang berpendapatan kasar bawah RM2000 sedang menanggung derita kos sara hidup yang tinggi. Benarlah juga bahawa Pekerja Majlis bandaraya Alor Star berhak menuntut gaji mereka, kerana mereka juga sedang gawat!

Najib Minta Semua Pasar Raya Ikhlas Turunkan Harga
PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pasar raya besar agar secara ikhlas melakukan penurunan harga dan bukan kerana sekadar mengikut arahan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata penurunan harga yang dilakukan dengan tulen akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat selepas mereka terbeban oleh krisis ekonomi global kebelakangan ini."Memang kita sedia maklum dengan usaha dan kempen-kempen yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai dua matlamat induk, iaitu untuk memastikan negara masih terus membangun di tengah-tengah kegawatan ekonomi global, dan menjamin pertumbuhan ekonomi pada kadar yang munasabah dengan meneruskan program-program yang berkaitan dengan rakyat."Penurunan harga oleh pasar raya besar seperti Mydin, Giant dan Carrefour telah dapat dilakukan dan rakyat boleh menikmati penurunan harga ini serta memperoleh manfaat darinya," kata Najib ketika melancarkan Kempen Penurunan Harga Carrefour Malaysia di sini Rabu.Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, penurunan sehingga 50 peratus harga barangan di Carrefour itu membolehkan rakyat melakukan penjimatan daripada aspek perbelanjaan isi rumah yang kebelakangan ini semakin meningkat kerana kegawatan ekonomi.
Usaha itu, kata beliau, tidak seharusnya terhad kepada pasar raya sahaja sebaliknya ia wajar diikuti oleh sektor perniagaan yang lain."Pengusaha-pengusaha restoran juga perlu melakukan yang sama dengan menurunkan harga makanan dan minuman seperti teh tarik, nasi kandar, tosai dan nasi daun pisang," katanya.Kempen Penurunan Harga Carrefour akan dijalankan selama enam bulan dengan melibatkan lebih 1,000 jenis barang.Ini merupakan penurunan harga kali kedua selepas penurunan kali pertama menerusi kempen `Lebih Jimat Lebih Hebat' pada Mac tahun ini.Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Penasihat Kanan Carrefour Malaysia Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin.-- BERNAMA


No comments: