Wednesday, November 19, 2008

KHABAR PERIHAL TANAH KCS - BPR BUKA KERTAS SIASATAN

Seramai 81 penduduk Padang Terap telah membuat aduan di Badan pencegah rasuah di Putrajaya supaya siasatan dijalankan keatas permohonan sebidang tanah yang dipohon oleh 81 penduduk. Menurut penduduk tersebut, mereka telah mengusahakan tanah di kawasan Padang Terap dan telah membuat permohonan Hak Milik Tanah. Bayaran sebanyak RM50 juga telah di buat di Pejabat Tanah Daerah. Walau bagaimanapun, pada April 2008, pemohon-pemohon tersebut terkejut apabila tanah yang mereka pohon, telah dikeluarkan Hak Milik atas nama 60 orang terdiri daripada Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman. Menurut wakil penduduk kampung, tanah yang dipohon mereka adalah tanah yang mereka usahakan dengan menanam tanaman dan dusun. Bagi penduduk kampung yang berpendapatan tidak menentu, modal yang mereka keluarkan selama mengusahakan tanah tersebut, agak besar nilainya bagi mereka. Yang lebih menghairankan mereka, sehingga kini permohonan mereka tidak mendapat jawapan dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, tetapi dalam waktu yang sama tanah tersebut diluluskan kepada Pegawai KCS. Penduduk juga semakin hairan, permohonan tanah tersebut dikatakan diluluskan 'kepada penduduk kampung Padang terap' tetapi atas nama Pegawai Tadbir Negeri Kedah. Menurut Pengarah BPR Kedah, kertas siasatan telah dibuka dan akan dilakukan secepat mungkin. Penulis tak dapat nak mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan. Mungkin juga pegawai KCS yang terlibat yang dapat tanah ini, nak mengotakan untuk jadikan 'Kedah Jelapang Makanan Malaysia'.Wallahua'lam. maklumat lanjut dalam sinar harian utara.

No comments: