Thursday, November 6, 2008

HARGA BARANG BELUM TURUN HABIS, TAMBANG PULA NAK NAIK HARGA..

Pening! Pening! Cuba baca dengan teliti fakta dibawah.
1. Kenaikan kadar tambahan atau surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspress dan bas berhenti-henti tiada kaitan dengan harga minyak.
2. surcaj 30 peratus dikenakan kerana pengusaha bas tidak mampu beroperasi dengan kos pengurusan mereka meningkat kepada 172 peratus termasuk harga tayar meningkat sejak 2005
3. '...mereka tidak boleh sediakan bas yang cukup tanpa surcaj kerana pengusaha tidak mampu beroperasi kerana (kenaikan) harga minyak. Kali terakhir naik ialah pada 2005.
Jadi yang mana betul? Naik harga sebab kos pengurusan yang meningkat atau kerana kenaikan harga minyak? Datuk Noh janganlah jadi macam Datuk Shahrir, cakap belit-belit. Pening rakyat kat Baling, Pekan, Kepala Batas, Permatang Pauh atau Pokok Sena. Datuk kena isytiharkan, komponen kos pengurusan tu apadia? Harga tayar naik pada 2005 tu sebab apa? Saya bimbang sangat, kos pengurusan operator bas tu naik disebabkan oleh harga minyak juga naik?
Kenaikan Kadar Surcaj Bas Ekspress Dan Henti-Henti Tiada Kaitan Dengan Harga
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kenaikan kadar tambahan atau surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspress dan bas berhenti-henti tiada kaitan dengan harga minyak, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.Beliau berkata kenaikan surcaj 30 peratus dikenakan kerana pengusaha bas tidak mampu beroperasi dengan kos pengurusan mereka meningkat kepada 172 peratus termasuk harga tayar meningkat sejak 2005."Semasa Hari Raya lepas, setelah mendapat rungutan dan perbincangan bersama hampir 100 pengusaha, mereka tidak boleh sediakan bas yang cukup tanpa surcaj kerana pengusaha tidak mampu beroperasi kerana (kenaikan) harga minyak. Kali terakhir naik ialah pada 2005," katanya di persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin. (berita penuh klik disini)

No comments: