Apabila gerak geri dan tindak tanduk Datuk Zaid Ibrahim mantan de facto menteri kehakiman bertindak dengan ciri-ciri membelakangkan UMNO, maka kepada siapa harus rakyat bertanyakan mengenai perkara ini? Perlantikan beliau sebagai senator adalah dengan kuasa yang ada pada PM pada masa tersebut. Jawatan ini masih disandang sehingga kini tetapi jawatan menteri kehakiman telah diserah kembali kepada PM. Selepas menerajui Menteri Kehakiman, banyak tindakan-tindakan yang diambil oleh Datuk Zaid yang menimbulkan kontrovesi dan konfrantasi dengan menteri-menteri politik UMNO. Kita ditunjukkan dengan sifat liberasasi perjuangan Datuk Zaid. Perjuangan Liberalisasi ini telah diketahui umum, mirip dan sama seperti perjuangan DS Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam.
Perjuangan Liberalisasi yang Xtream pula adalah seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan yang seangkatan dengannya. Ortodok Liberalisation pula boleh disamakan dengan Lee Kuan Yew! Maka yang mana satu yang Datuk Zaid pilih. Oleh kerana semua pemimpin-pemimpin yang berjuang atas nama liberal ini adalah seperti yang dinyatakan diatas, maka tidak keterluan jika kita menyatakan Datuk Zaid sekarang ini adalah partnership kepada rakan-rakan seperjuangan dengannya. Isu Ex-Gratia 6 hakim dicetuskan dari minda beliau sehinggakan dunia menganggap Kerajaan bersalah dengan tindakannya terhadap 6 hakim. Badi isu itu telah menghitamkan Datuk Nazri Aziz. Isu ISA pula, beliau seolah pejuang HINDRAF pada peringkat tertinggi. Dan baru-baru ini beliau adalah seorang UMNO yang bergelar Senator di bawah Kerajaan Persekutuan, menjadi tetamu utama sebaris dengan Datuk Yong Teck Lee yang mengumumkan keluar dari BN, di Kongres Perhimpunan PKR.
Pemimpin yang seperti ini adalah lalang di tengah padang yang tidak mempunyai pendirian. Sebelah kaki dalam pembangkang dan sebelah kaki dalam kerajaan. Inilah perjuangan liberal Datuk Zaid yang takut pada bayang-bayangnya sendiri. Berdasarkan dengan asas-asas yang 'dilihat' seperti penghianat, rakyat ingin bertanya kepada YAB Perdana Menteri, "sayangkah lagi kepada Datuk Zaid?". Maka jika jawapannya "TIDAK", YAB Perdana Menteri tahu apa yang sepatutnya diambil kepada Datuk Zaid. Untuk Datuk Zaid, beranilah dan percaya pada diri sendiri. Letaklah jawatan dalam kerajaan dan berjuanglah dengan rakan-rakan anda kerana rakyat muak dengan telatah Datuk menjadi CIA kepada pembangkang. Sudahkah Datuk Zaid menjawab surat tunjuk sebab tempohari?
Zaid tidak tolak sertai pembangkang
SHAH ALAM: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang hadir pada majlis perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-5 di Stadium Malawati, semalam, tidak menolak kemungkinan menyertai parti itu pada masa depan. Katanya, beliau masih menjadi ahli Umno tetapi belum membuat sebarang keputusan berhubung kerjaya politik selepas meletak jawatan dalam Kabinet pada 16 September lalu. "Saya belum memikirkan mengenai politik. Saya mahu fokus kepada yayasan saya dan selepas itu barulah kembali aktif dalam politik," katanya.
Turut hadir pada majlis perasmian kongres itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee. Ditanya kehadirannya pada majlis itu, Zaid berkata, beliau hadir semakin tetamu jemputan selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan parti itu. Kelmarin, Zaid mengadakan pertemuan dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi menafikan beliau mahu menyertai DAP. Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim, berkata setakat ini parti itu belum menerima borang permohonan daripada Zaid dan Yong untuk menyertai PKR.
No comments:
Post a Comment