Thursday, November 6, 2008

KEDAH, JALAPANG MAKANAN MALAYSIA

DYMM Tuanku Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencadangkan supaya Kedah dibangunkan sebagai pengeluar utama pelbagai jenis makanan sehingga diiktiraf sebagai "Jelapang Makanan Malaysia".Baginda bertitah langkah itu perlu memandangkan senario ekonomi negara semakin berubah dan menuntut pelbagai bentuk perubahan."Beta amat berbangga dengan persepsi nasional yang meletakkan negeri ini sebagai 'Jelapang Padi', tapi beta berharap persepsi ini dapat diperluaskan lagi melalui penjenamaan semula kepada "Jelapang Makanan Malaysia", titah baginda pada majlis persembahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) kepada baginda di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini. (November 6. 2008)
Sultan dah bertitah, apa lagi yang ditunggu oleh DS Uztaz Azizan Menteri Besar Kedah. Ibarat 'Fail Jelapang Padi Kedah' dah dibuka dan diserah ketangan DS dan Fail tersebut sudahpun diminitkan oleh Tuanku Sultan. Kerajaan Pusat pula jangan dok senyap macam tak terlibat. Ingatlah bahawa Kerajaan Malaysia telah memperakukan Kedah Sebagai Jelapang Padi Malaysia, dan tanah di Kedah telah diiktirafkan tidak boleh dibangunkan sesuka hati demi menjaga Food National Security. Bantuan kewangan, teknologi dan kepakaran mestilah utamakan kedah. Janganlah beras minta rakyat kedah keluarkan, peruntukan pembangunan utamakan Pulau Pinang. Rakyat Kedah naik basikal menanm padi, rakyat pulau pinang naik LRT dan Bas Rapid Penang ke TESCO. Bak kata pemuda-pemudi KL, "Lu pikiaq la bro..

No comments: