Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meneliti terlebih dahulu senarai nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat dalam politik wang. Beliau juga berharap mendapat 'maklumbalas' daripada Lembaga Disiplin UMNO. "Bersedialah kamu wahai pemimpin-pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah!". Biarpun kelak pendedahan Tun ini tidak akan membawa anda ke Mahkamah, tetapi 'nama' anda akan di kenali dikalangan lebih 7 juta pelayar blog. Pelayar blog ini juga adalah rakyat Malaysia. Tahniah anda yang akan disenaraikan akan terkenal dalam sekelip mata. Sesudah Tun mendedahkan nama-nama ini, Ketua Pengarah BPR sudah pasti boleh mengambil peranan seterusnya. Bukankah dengan surat layang pun, sesuatu kes itu boleh disiasat...Maka sudah pasti anda yang didedahkan mempunyai peluang untuk mempertahankan diri di Mahkamah.
Biarpun pendedahan ini akan menimbulkan seribu satu macam kesan kepada BN dalam apa jua pilihanraya kecil atau pilihanraya umum ke13, penyokong UMNO (sama ada yang telah menjadi ahli atau yang bukan ahli) bersatu dengan usaha Tun ini. Tetapi penulis amat yakin, dengan PEMBERSIHAN ini, setidak-tidaknya UMNO telah membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpin pertubuhan itu sudah bersih dan mampu untuk menangani isu-isu rasuah yang bakal dibangkitkan dalam PRU13. Semasa Tun dilantik Perdana Menteri, beliau tidak disukai oleh kaum cina kerana dilabelkan sebagai pemimpin ultra xstrem Melayu yang digemburkan oleh pemimpin di zaman Tunku Abdul Rahman. Hakikatnya, orang Melayu hendaklah bersujud syukur kerana lebel inilah yang menyebabkan Melayu dipandang tinggi dan tidak diperkotak katikkan oleh pemimpin bukan Melayu. Bahkan kesucian agama islam tidak sering dicabar oleh orang bukan islam seperti Forum Agama Islam oleh Majlis Peguam dan mempertikaikan Fatwa Yoga. Sekiranya pemimpin yang rasuah menerajui negara dan memimpin rakyat, apakah sebenarnya nilai perjuangan mereka? Apakah cogankata perjuangannya 'Demi Agama, Bangsa dan Negara' perlu ditambah perkataan 'Demi Agama, Bangsa, Negara dan Harta'? Apakah pula tindakan pemimpin-pemimpin ini kelak dipersoalkan oleh rakyat, jika rakyat melakukan rasuah? Tidakkah keadaan itu seperti perumpamaan "Bagai Mengajar Anak Ketam Berjalan".
No comments:
Post a Comment