Tuesday, November 18, 2008

MINYAK TURUN - PENIAGA TAMBAH UNTUNG

Hari ini seluruh negara merasa lega apabila harga minyak petrol dan diesel diturunkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penurunan tersebut iaitu petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter. Buat masa ini, bersyukurlah dengan yang diumumkan...Sudah tentu penurunan ini diwar-warkan akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat pada masa sekarang terutama dalam ekonomi negara yang kian meleset. Jika kita tidak bersyukur, mungkin kita pula yang akan DICOP sebagai rakyat yang tidak berterima kasih atau tamak haloba. Tapi dalam kemeriahan menyambut penurunan harga minyak ini, adakah RAKYAT sebenar-benarnya menikmati PENGURANGAN BEBAN SARA HIDUP?


Penurunan harga minyak ini sebenarnya MENGUNTUNGKAN RAKYAT. TETAPI YANG LEBIH UNTUNG ADALAH PENIAGA DAN SUKU SAKAT YANG BERKAITAN DENGAN PENIAGA. Pengeluar, pemborong, pembekal, orang tengah dan peruncit, semua mereka ini yang LEBIH UNTUNG dari RAKYAT. Bukankah selama 3 minggu ini hanya peruncit seperti Tesco, Giant dan Carrefour sahaja yang menurunkan harga? Suffer dinasihatkan membaca artikel yang lain dalam blog ini. Selama harga minyak turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.00 seliter (Petrol) dan Diesel RM2.55 kepada RM1.90 seliter, berapa banyak barangan dan perkhidmatan yang di turunkan harga selari dengan peratus penurunan minyak? Kita tidak boleh dikaburkan dengan 'gimik' penurunan harga barang di Giant dan Tesco yang dirasmikan oleh Datuk Shahrir dan Carrefour oleh DS Najib 1-2 minggu yang lalu, kerana penurunan harga barang itu ternyata TIDAK MENYELURUH. Jumlah barang yang diturunkan hanyalah beribu-ribu berbanding dengan berjuta-juta barangan yang naik harga mulai Jun 2008. Selain itu penurunan ini sebenarnya Nikmat kepada penduduk bandar yang terdapat Tesco, Giant dan Cerrefour dan tidak menyeluruh di kampung-kampung dan luar bandar. Sebab itulah penulis mengatakan peniaga Tambah Untung dengan harga minyak diturunkan, kerana kos peniaga telah turun sementara harga barang oleh peniaga masih tinggi.


Penurunan harga barangan dan perkhidmatan yang Ideal meliputi apabila Pengeluar, Pembekal, Pemborong dan Peruncit Menurunkan harga - harga mereka. Bila pengeluar/pengilang menurunkan harga kepada pemborong, pembekal menurunkan harga kepada pengeluar, pemborong mengurangkan harga kepada peruncit dan peruncit menurunkan harga kepada pengguna, pada tahap inilah dikatakan PENURUNAN HARGA BARANGAN YANG IDEAL dan Rakyat SEBENAR-BENARNYA MERASAI nikmat Penurunan Harga Minyak. Sekiranya kitaran Harga Barangan ini tidak berlaku, maka Rakyat masih lagi menanggung keperitan hidup terutama di luar bandar. Perdana menteri tidak boleh hanya dengan Mengeluhkesah dan kata-kata membidas peniaga yang tidak menurunkan harga. Membidas itu telah lama didengar oleh rakyat dan memberi alasan seperti yang dilakukan oleh Datuk Shahrir juga telah muak didengar. Turun naik harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia ini adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Pengawalan ini sudah tentu UJUD dimana-mana Kementerian yang dikepalai oleh anggota kabinet yang dialntik oleh Pak Lah. Tidak kiralah kementerian mana sekalipun, tugas dan tanggungjawab dalam memastikan harga barangan dan perkhidmatan perlu diturunkan secepat mungkin oleh menteri-menteri yang terlibat. Pengawalan dan tindakan yang tidak secara Kolektif antara menteri dan kementerian dalam isu harga barangan dan perkhidmatan, akan hanya mengakibatkan kegagalan kerajaan dalam menurunkan harga. Jika turun naik harga minyak boleh diambil secara kolektif dan tindakan yang diambil hanya mengambil masa beberapa minggu, mengapa turun naik harga barangan tidak dilakukan secara kolektif? Apakah benar seperti yang dinayatakan Datuk Shahrir bahawa kementeriannya tidak mempunyai kuasa dalam menurunkan harga barangan? Apakah betul bahwa kuasa menurunkan harga ada pada peniaga tersebut sahaja dan para pengguna seperti yang beliau jelaskan? Maka jika tidak ada mana-mana kementerian yang bertanggunjawab dan berkuasa dalam menurunkan harga barangan, maka rakyat perlu Mengherdik Pak Lah kerana tidak dapat mengawalselia perkara ini. Tetapi penulis berkeyakinan bahawa ujud mana-mana Kementerian yang diketua oleh mana-mana menteri yang bertanggungjawab dalam mengawal turun naik harga barangan dan perkhidmatan tetapi tidak dilakukan dengan berkesan dan kolektif. Sudah menjadi seperti amalan kepada kerajaan yang memerintah, apabila isu yang berlaku di politikkan oleh parti pembangkang, barulah pihak parti BN tergopoh gapah untuk bertindak. Penulis membayangkan, jika Parti Pembangkang membawa isu harga barangan yang tidak turun-turun ini keseluruh negara, sudah pastilah kerajaan BN akan mula terkulat-kulat untuk menangkis dan menjadi hero pula. Dan kementerian-kementerian yang diketuai menteri-menteri kebinet, barulah mula nak membuka dada sebagai hero rakyat. Silap haribulan menteri yang tidak berkaitan pun akan berkata 'itu tanggungjawab saya!'. Sebab itulah Kerajaan BN sentiasa kurang dipercayai rakyat terutama yang berada diluar bandar dan kampung-kampung.

No comments: