Sunday, November 30, 2008

GABEM, INI BUKAN MASA UNTUK BERCAKAP TETAPI BERTINDAK..

Isu kroni dalam kerajaan bukanlah perkara baru. Suatu ketika dahulu, ramai pemimpin kerajaan melontarkan pendapat mereka, bahawa tidak salah dalam memberi tender atau sebutharga kepada kroni asalkan kroni tersebut 'layak' dari segi prosedur yang ditetapkan. Hatta tidak salah jika kroni tersebut adalah saudara mara, asalkan mereka adalah kontraktor yang 'berkelayakan' dan memenuhi syarat yang ditetapkan. TS Abdul Rahim Tamby Chik, semasa menjadi Ketua Menteri Melaka pun tahu tentang itu!. Tetapi jika pemberian kepada kroni dengan cara yang salah atau dengan menghalalkan cara, atau dengan secara 'tekanan secara tidak langsung', itu yang tak betulnya. Penulis berpendapat, pemberian kepada kroni yang salah cara itu yang paling ditakutkan dan menjadi musuh utama kepada Dasar Ekonomi Baru. Pemberian kepada kroni yang di ALIBABAKAN adalah trategi yang sering berlaku. Di zaman TS Rahim pun konsep Kroni Ali Baba Melaka berlaku. Dan Ali Baba Melaka ini menular keseluruh negara, tak terkecuali di Kedah dan Pihak berkuasa tempatannya. Kroni Ali Baba inilah punca kepada Rasuah dan hilang integriti. Kroni Ali Baba sudah menjadi nanah dalam dasar Ekonomi Baru, bermula dari Menteri, menteri Besar, Ketua Menteri, Yang Di Pertua / datuk bandar hinggalah meresapi dikalangan ketua jabatan dan pegawai. Memerangi Kroni Ali Baba ini sama beratnya seperti memerangi Politik Wang. Jika Politik Wang tidak boleh dibendung dalam jangka masa yang singkat dan memerlukan komitmen sepenuhnya, maka begitulah juga dengan Kroni Ali Baba. Bukankah Kroni Ali Baba ini umurnya sama panjang dengan Politik Wang? Sudah menjadi lumrah manusia, bila bercakap memanglah sedap susunan ayatnya, tetapi nak bertindak macam kereta uzur yang kena panaskan enjin lama-lama.


Gabem dedah pegawai awam amal kroni


KOTA KINABALU: Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mengesan ada pegawai kerajaan mewujudkan kroni dalam pengagihan tender projek dan pelbagai kemudahan disediakan Kerajaan Pusat dan negeri.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, berkata tindakan itu menyukarkan sasaran pencapaian 30 peratus ekuiti Bumiputera di negara ini seperti ditetapkan menerusi Dasar Ekonomi Baru.

Jika selama ini hanya ahli politik yang dikatakan ada kroni, beliau berkata, amalan terbabit didapati mula meresap di kalangan pegawai kerajaan Pusat dan negeri.


"Kelulusan projek dan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan harus berlandaskan undang-undang, keluhuran Perlembagaan dan kebijaksanaan, bukan budi bicara.

"Walaupun tiada undang-undang anti-monopoli atau antikroni, pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk laksana dasar terutama meningkatkan ekonomi Bumiputera harus beretika, jujur dan tidak memilih bulu.

"Jika pegawai kerajaan bermain kroni, elok rasanya letak jawatan kerana ia melemahkan ekonomi Bumiputera," katanya menyampaikan ucap tama program Memperkasa Ekonomi Bangsa peringkat Sabah anjuran Gabem Sabah di sini, kelmarin.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Sabah, Awadnir Matanggal dan Presiden Persatuan Sama Sabah (PSS), Abdullah Sibil.

Walaupun Bumiputera adalah masyarakat majoriti di negara ini yang mewakili 60 peratus jumlah penduduk, Abdul Rahim berkata, pemilikan ekuiti masih minoriti iaitu hanya 19 peratus.

Katanya, Bumiputera hanya berbangga kerana memiliki kuasa sebagai pemerintah dan menguasai pekerjaan dalam sektor awam sejak 30 tahun lalu.

"Kerajaan Pusat membelanjakan berbilion ringgit untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera dan nampaknya sudah ada sedikit perubahan walaupun tidak mencapai sasaran ditetapkan.

"Kita tidak cemburu dengan bukan Bumiputera dari segi pemilikan ekuiti kerana mereka sudah lama menjadi peniaga iaitu sejak era penjajahan manakala Bumiputera hanya menceburi perniagaan berskala besar pada 1970-an," katanya

No comments: