Thursday, November 20, 2008

SELAMAT BERTUGAS DATUK BANDAR ALOR STAR

Berakhirlah sudah penantian warga Alor Star dalam menanti pengganti Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star yang telah bersara dan tamat kontrak pada 30hb. Oktober 2008. Pada 30hb. Oktober 2008 yang lalu, Y. Bhg Dato' Abdul Mukhti Abdullah secara rasminya menamatkan perkhidmatannya sebagai Datuk Bandar kedua untuk selama 2 tahun. Bermula 1hb. November 2008, seluruh warga Alor Star mula menantit-nanti Datuk Bandar ketiga. Selama beberapa bulan, sebelum Dato' Abdul Mukhti bersara, pelbagai spekulasi yang didengar, siapa pengganti beliau. Di Negeri Kedah umumnya dan Bandaraya Alor Star khususnya, Spekulasi ini agak hebat juga. Tidak keterlaluan jika dikatakan sama hebat dengan Spekulasi Minyak.

Spekulasi ini bertambah kencang kerana terdapat pegawai tinggi kerajaan di Negeri Kedah, yang terdiri daripada Pegawai Tadbir Negeri Kedah, yang telah dan akan bersara yang melibatkan pegawai tertinggi kerajaan iaitu YB Dato Bijaya Indera Dato' Paduka Hj Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Beberapa nama pegawai PTN dispekulasikan untuk jawatan Datuk Bandar antaranya Y. Bhg Dato' Ahmad bin Md Isa, Y. Bhg Dato Hj Bashiruddin bin Hj Abdul Jamil, Y. Bhg Dato' Mohd Haniffa bin Mohd Salleh, Encik Harun bin Jasin dan beberapa nama lain. Perlantikan ke jawatan Datuk Bandar ini banyak menarik minat penduduk Kedah kerana ianya akan menggambarkan suasana pentadbiran pasca Kerajaan PAS di Kedah.


Akhirnya penantian semua pihak berakhir apabila Y. Bhg Dato' Haji Khazali bin Haji Din, Pegawai daerah Kuala Muda di lantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Star. Majlis angkat sumpah dijadualkan pada 30hb November ini. Sebagai penduduk Kedah, biarpun sesiapa yang dilantik menerajui Bandaraya Alor Star, kami mengalu-alukan perlantikan tersebut dengan harapan satu sinar baru dalam mengukuhkan Bandaraya Alor Star untuk kesejahteraan rakyat. Bukan itu saja, bahkan memberi sinar harapan kepada warga kerja Majlis Bandaraya Alor Star.


Dengan perlantikan ini, maka berakhirlah episod lobi melobi, bantah membantah dikalangan Pegawai Tadbir Negeri. Jelaslah spekulasi kadangkala hanyalah sekadar hiburan dalam kehidupan. Mungkin selepas ini orang ramai boleh menumpukan kepada spekulasi Pengganti Setiausaha Kerajaan negeri Kedah. Kepada semua kakitangan Majlis Bandaraya Alor Star, selamat berkhidmat dengan penuh dedikasi. Kepada Y. Bhg Dato' Khazali, diucapkan tahniah dan selamat bertugas.





No comments: