Wednesday, November 26, 2008

HEY YOU 'RENGAS', STAND UP LIKE A MAN...

Pada 25.11.08 TV3, TV9, TV1, ASTRO AWANI, TV2 dan mungkin ada lagi saluran lain, menayangkan bagaimana haru birunya Persidangan Parlimen. penonton boleh mendengar " hey you Rengas, stand up lah like a man!" oleh Gobind Sigh Deo. Keputusan isu DS Mohamed Nazri perlu dirujuk kepada majlis kerana memberi fakta yang salah berkaitan 6 hakim telah diketahui. DS Mohamed Nazri boleh menarik nafas lega, kerana beliau tidak akan dirujuk ke Majlis tesebut dengan alasan beliau sebenarnya 'Tidak Tahu' dan bukan cuba menyembunyikan fakta kepada ahli parlimen, berkenaan sebab 6 peguam sama ada di pecat atau dinasihatkan bersara awal. Tidak dinafikan, beliau adalah seorang yang 'vokal' dan kevokalan beliau kadang-kala tidak bertempat dan tidak difikirkan dengan teliti. Sebelum ini pun, beliau yang mengarahkan supaya petugas dan wartawan semua Media tidak dibenarkan masuk ke dewan parlimen tetapi menghadkan di lobby parlimen sahaja. Akibatnya, BNBBC telah membuka semula line penghadang dan membenarkan media masuk. Hari seterusnya dalam TV9, DS Mohamed Nazri mengatakan, 'mereka-mereka' (merujuk kepada BNBBC) seperti beruk kerana tindakan mereka memindahkan penghadang tersebut. Beliau merasa tercabar kerana Dewan parlimen adalah dibawah potfolionya. Lebih mengejutkan beliau berkata BNBBC ini adalah pertubuhan yang tidak rasmi!.
Sebelum ini pun, beliau pernah menyatakan kesediannya untuk menjadi Melayu yang derhaka untuk mempertahankan Perdana Menteri setelah Tun Dr Mahathir selalu mengkritik Perdana Menteri. Mungkin apa yang berlaku keatas beliau kali ini, sebagai petanda supaya DS Mohamed Nazri bermuhasabah diri, jangan selalu cuba untuk memperkecilkan orang lain dan berlagak seperti hero hindustan. Jika bukan kerana Tun, siapakah ' Padang Rengas' dalam Parlimen ketika ini? Ingatlah pemimpin seperti Tun ini, telah banyak melalui liku-liku hidup politik negara. Dan jika DS Mohamad Nazri sendiri tidak sedar dengan keruntuhan UMNO dalam Politik Wang, maka penulis yakin, DS Mohamed nazri sendiri akan lenyap selepas PRU13!. Pada masa itu, beranikah beliau 'vokal' seperti sekarang? Atau mungkinkah beliau sendiri telah mengetahui calon politik wang dalam perebutan Timbalan Presiden dan calon itulah yang beliau berdiri dibelakangnya? Kenyataan beliau, "kalau ada yang memberi tetapi tiada yang menerima, maka tiada rasuah", adalah seperti kata-kata budak sekolah rendah. Persoalannya, kenapa perlu menyalahkan yang menerima dan bukan pemberi. Seorang miskin yang menjadi pengemis memang sudah tahu, akan ada orang yang akan memberi wang kepada mereka. Ini kerana pengemis itu tidak bercakap 'minta duit' tetapi cukup sekadar dengan menadah tangan atau memegang tin kosong. Jika seorang miskin tetapi bukan pengemis, tidak akan tahu siapa yang akan memberi mereka wang. hanya orang yang hendak memberi wang itu sahaja yang tahu tujuan hati mereka. Maka jika tiada orang yang hendak beri wang kepada orang miskin itu, maka tidak akan berlaku pemberi dan penerima! Begitulah juga politik wang, apabila ada yang pemimpin yang memberi maka rasuah akan berlaku dan jika tidak didedahkan keruntuhan akhlak pemberi ini, mereka akan terus melakukannya kerana sentiasa terlepas. Penerima hanya mempelajari dan diajar dari awal oleh pemberi tersebut. Dan apabila ia telah menjadi satu amalan biasa dalam pemilihan UMNO, keadaan ini bertukar menjadi budaya 'meminta' dari perwakilan. Seperti orang miskin tadi, apabila selalu menerima wang dari orang yang memberinya, maka lambat laun simiskin itu akan berkata dalam hatinya "akan ada orang yang akan memberinya wang".. Rasanya kali ini, DS Mohamed Nazri benar-benar kena bangun 'like a man' untuk meminta maaf kepada Tun.


Nazri ingatkan Tun Mahathir 'tidak celupar' tuduh pemimpin Umno rasuah
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak 'celupar' dalam membuat tuduhan berhubung isu rasuah di kalangan calon yang bertanding dalam pemilihan Umno Mac depan.
"Tuduhan main (guna) duit adalah tuduhan yang serius, mengata seseorang calon yang nak bertanding terlibat dengan rasuah adalah serius.
"Jadi saya harap Tun Mahathir jangan celupar cakap begitu sahaja kerana akan memberi kesan buruk kepada calon-calon dan juga parti," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, beliau meminta supaya Dr. Mahathir mengemukakan bukti yang kukuh kepada badan disiplin Umno bagi menyokong dakwaannya itu.
"Itu yang terbaik kerana beliau kena ingat bahawa beliau seorang negarawan dan apa jua yang beliau cakap semua orang akan percaya, tapi kalau tak ada bukti tidak ada apa tindakan yang boleh kita ambil," katanya.
Nazri juga berharap agar bekas Presiden Umno itu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataannya.
"Jadi saya harap kepada Tun, lain kali kalau mahu bercakap biar ada bukti, kalau tidak itu hanya spekulasi sahaja dan harap beliau lebih bertanggungjawab pada masa akan datang," katanya.
Dalam pada itu, Nazri turut menasihatkan kepada semua ahli Umno supaya tidak terlibat dengan gejala rasuah politik dan segera melaporkan mengenai perkara tersebut kepada lembaga disiplin Umno.
"Saya harap supaya ahli-ahli tidak terima apa-apa sogokan dan saya juga telah nasihatkan Umno bahagian saya (Padang Rengas) yang jadi perwakilan pada bulan Mac nanti supaya tidak ambil duit.
"Kalau ada orang yang memberi namun tak ada orang yang menerima, rasuah tak akan berlaku," katanya.
Jelasnya lagi, itulah kaedah terbaik bagi membanteras gejala rasuah serta dapat mengajar golongan pemimpin yang gemar menggunakan wang untuk meraih sokongan.
Semalam, Dr Mahathir berkata, beliau percaya ada calon jawatan Timbalan Presiden menggunakan wang bagi mendapatkan pencalonan untuk melayakkan diri bertanding pada pemilihan Mac depan.
Katanya, kemungkinan besar ia berlaku kerana ada calon yang sudah ketinggalan pada peringkat awal persidangan perwakilan Umno bahagian tiba-tiba mendapat banyak pencalonan sehingga layak bertanding.

No comments: