Sunday, November 16, 2008

REHDA MINTA PEMILIKAN BUMIPUTRA DIHAPUSKAN

Koata Pemilikan rumah bumiputra dari 30% kepada 505 di negeri Kedah telah dibatalkan. Persatuan REHDA Kedah/Perlis menganggap ini adalah satu kejayaan yang membanggakan kepada ahli-ahli REHDA. Ahli REHDA adalah golongan yang dah KAYA RAYA. Tak kiralah sama ada melayu Cina atau India. Mereka yang berada dalam persatuan REHDA adalah dalam kategori Orang Kaya. Untuk menjadi ahli REHDA, seseorang itu perlulah memenuhi syarat dan SYARAT yang paling Basic ialah orang itu mestilah seorang pemaju perumahan atau hartanah. Jika bukan pemaju perumahan atau hartanah atau yang berkaitan dengan pemajuan hartanah, maka anda tidak layak menjadi ahli. Ringkasnya orang yang menjadi Pemaju Hartanah sudah tentu orang kaya raya!
Mungkin jika ada suffer yang rajin mencari Fakta REHDA Kedah/Perlis boleh berkongsi fakta dalam blog ini. Berapa ramai ahli REHDA berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa! Jangan terkejut jika peratusan menunjukan bangsa Cina adalah Majoriti dan Melayu ada segelintir. Apakah tujuan dan peranan REHDA sehingga takut memberikan Koata 50% pemilikan kepada bumiputra? Pengerusi REHDA Kedah/Perlis boleh memberi jawapan-jawapan yang sedap didengar seperti "Pemacu Pembangunan Kedah, Pemacu Ekonomi Rakyat, Meningkatkan hasil Negeri dan sebagainya'. pengerusi REHDA mungkin juga akan berkata, tujuan REHDA adalah untuk menjaga ahli-ahlinya. Tetapi bagi saya, tujuan REHDA adalah berkaitan KEUNTUNGAN dalam perniagaan walaupun ini takkan disebutkan oleh Pengerusi REHDA Kedah/Perlis.
Sebab itulah pemilikan 50% kepada bumiputra ditentang oleh REHDA dan di sokong oleh DAP, MCA DAN GERAKAN. REHDA terdiri daripada 60% kaum Tionghua, 30% kaum Melayu. Dan apabila REHDA mula berani berkata, koata bumiputra dihapuskan, siapa akan memperjuangkan hak pemilikan orang bumiputra?Dalam hal yang besar pun Orang Melayu susah berkuasa inikan pula dalam hal yang kecil seperti REHDA. Melayu perlu bersatu!


Rehda Melaka minta kuota bumiputera dilepaskan

Oleh norizan abdul muhid
MELAKA 9 Nov. - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Melaka meminta kerajaan negeri melepaskan kuota penjualan rumah untuk bumiputera bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri terutama dalam sektor hartanah.
Pengerusinya, Datuk Gwee Yew Kiat berkata, langkah tersebut tidak akan menjejaskan kepentingan mana-mana pihak, memandangkan pembangunan hartanah di negeri ini sentiasa berterusan dan stabil.
Menurutnya, data terkini baki rumah bagi kuota bumiputera adalah 3,255 unit dengan nilai RM555 juta.
''Jika jumlah ini dilepaskan untuk pasaran bebas, sudah pasti pusingan pasaran perumahan dan berkaitan dengannya akan menjadi lebih aktif," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis perasmian Ekspo Hartanah Malaysia Melaka (Mapex 2008) yang disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk Othman Muhamad di sini hari ini.
Mapex yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu, disertai oleh 29 pemaju perumahan, empat agensi kerajaan dan dua institusi kewangan.
Ia bertujuan mempromosikan hartanah perumahan dan komersial yang disediakan oleh pemaju kepada pembeli bumiputera di negeri ini.
Selain itu, menurut Yew Kiat, sekatan kuota yang ditetapkan pada masa ini memberi kesan negatif kepada pemaju hartanah dan perumahan.
Ini kerana katanya, golongan itu bukan sahaja terpaksa menghadapi cabaran dari segi tekanan inflasi dan ekonomi global malah menampung kos pegangan yang tinggi.
''Dengan melepaskan hartanah itu ke pasaran terbuka, ia membolehkan pemaju perumahan menampung kos pegangan tersebut, lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi menurun," jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya melantik anggota Rehda sebagai Ahli Majlis Tempatan dalam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi membolehkan pihaknya memainkan peranan yang aktif berhubung isu berkaitan.
Katanya, penglibatan Rehda yang sebahagian besarnya terdiri daripada pemaju hartanah diharap mampu memberi pandangan bersesuaian dalam menggubal dasar atau perancangan dalam aspek pembangunan fizikal yang diatur kerajaan

1 comment:

Anonymous said...

Salam Sejahtera admin

Selepas melayari tajuk Pihak Berkuasa tempatan dan lain-lain, saya rasa terpanggil untuk menyatakan perkara yang sama berkaitan nasib pekerja P/Berkuasa Tempatan terutama di Kedah ini seperti apa yang menimpa nasib saya. Saya atelah telah berkhidmat di MPSP Kedah sebagai pekerja kontrak PTPO N17 pada tahun 2001. Selepas tamat 3 tahun pertama kontrak, saya telah disambung perkhidmatan semula selama 2 tahun. Malangnya saya tidak diberi kenaikan gaji tahunan sedangkan didalam surat tawaran dan perjanjian dinyatakan tentang kenaikan gaji dan bayaran ganjaran. Bukan saya seorang malah semua kakitangan kontrak seramai 30 lebih orang tidak mendapatnya. Pada masa itu YDP adalah Tn Hj Mukhti. Kami diberitahu kenaikan gaji dan bayaran ganjaran ditarik balik atas kuasa pegawai pengawal. Pekerja kontrak sentiasa ditekan dan diugut akan diberhentikan kontrak jika tidak ada prestasi. Pada hal yang sama YDP dan Sumber Manusia sering mengatakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran bahawa pekerja kontrak majlis yang berprestasi tetap akan diberi hak mereka seperti yang terkandung dalam pekeliling perkhidmatan awam. Kami tidak mendapat pembelaan dari pihak pentadbiran dan perkara ini berlarutan selama lebih kurang 4 tahun. Pada tahun 2005/2006 YDP baru Tn Hj Azimi Din telah menggantikan Tn Hj Mukhti yang pindah ke UPEN. Enam bulan Tn Hj Azimi Din dengan sokongan Setiausaha, akhirnya Majlis membayar tunggakan gaji dan ganjaran. Semua pekerja kontrak telah dinaikkan ke gaji semasa mengambilkira gaji tahunan selama ini. Akhirnya rintihan kami berakhir dengan mendapat YDP yang baru. Saya doakan pekerja MBAS berjaya menuntut hak mereka kerana terbukti bahawa tuntutan anda ini adalah terletak kepada Datuk Bandar dan Setiausaha anda. Jika anda mendapat Datuk Bandar dan Setiausaha yang prihatin dan tidak mementingkan diri dan keegoan serta menunjuk kuasa, maka perkara ini akan menjadi mudah. Seperti MPSP juga, Allah swt tetap bersama kita yang teraniaya dan bertawakkal. Ketua bahagian dan Ketua Unit Pentadbiran juga perlulah prihatin dengan nasib pekerja dan tidak semata-mata mengangguk dan menuruti membuta tuli dengan YDP dan Setiausaha. Bagi saya amat bertuah kerana ada kakitangan kontrak dan tetap yang berani tampil memperjuangkan hak ini hinggalah berjaya. Sehingga sekarang kami 'tabik spring' dengan Tn Hj Azimi semuga beliau success selalu. Kepada YDP lama, kami 'tabik spring' untuk mengucapkan semuga anda akan mengalami nasib yang malang seperti yang kami rasa.

Staff kontrak 2004.