Melayu hanya 60% dalam bumi Malaysia ini, itupun termasuk 'bumiputra' sabah dan sarawak. Jika diambil kita orang-orang melayu hakiki seperti Sdr Zul dan saya, anggarannya mungkin jatuh kepada 40%. Dan sudah tentu pada masa sekarang pun, melayu 40% ini telah berpecah belah mengikut suku kaum politik yang dianutinya. Adakah bangsa melayu ini akan bersatu dalam hal ehwal bangsanya dan agamanya apabila isu-isu melayu dan agama islam di cabar? Zul sendiri tahu jawapannya. Isu koata 50% pemilikan kepada orang melayu bagi perumahan yang dibangunkan di Negeri Kedah, menjadi isu hangat kepada DAP, MCA dan GERAKAN. Orang cina bersatu dek sebab 50% koata kepada orang Melayu dirasakan akan menggugat orang tionghua. Sebenarnya mereka bimbang orang-orang Tionghua susah nak dapat tempat tinggal bagi satu-satu kawasan yang strategik di Negeri kedah bukan sebab susah nak menjual rumah kepada orang Melayu.
Orang Melayu UMNO, PKR, PAS yang ada di bumi Kedah khususnya, Adakah mereka bersatu mempertahankan hak ini? Jika Sdr Zul melihat ini juga gimik politik, maka tak hairan pada masa akan datang, Orang Melayu hanya akan duduk dikampung pedalaman dan pinggir-pinggir sungai dan laut. Bukankah koata bumiputra membolehkan diskaun 5%-10% dari harga beli rumah? ...dan Sdr Zul boleh bayangkan dengan koata 50% berapa ramai Melayu dan Bumiputra boleh membeli dengan harga yang lebih menguntungkan. Tekanan gabungan orang cina ini akhirnya menyebabkan YAB Menteri Besar Kedah melonggarkan syarat koata 50% kepada perumahan baru yang di bangunkan atas Tanah Rezab melayu yang ditukar kepada Freehold (swaping). Mana Melayu PKR? Mana Melayu UMNO? Mengapa mereka tidak bergabung?Apabila YB Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru bersama memprotes Forum Agama Islam yang dianjurkan oleh Majlis peguam, YB DS Anwar berkata, YB Zulkifli telah diberi tunjuksebab untuk menjelaskan pendirian beliau. Isu agama islam ini tidak mendapat kesepaduan melayu. Apakah mungkin pada masa akan datang, Orang Bukan Melayu akan berkata pula ' raja Melayu tidak semestinya dari orang Melayu' dan kita akan berkata 'itu gimik politik'!.
Tak salah untuk kita katakan bahawa kata-kata Sdr Zulkifly Mohamad Omar adalah 'Gimik Politik'. Beliau lebih mementingkan gimik politik daripada bangsa Melayu.
Hanya gimik politik: Pas
SEREMBAN – Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamad Omar, menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jawatan Perdana Menteri (PM) bukan hanya untuk orang Melayu sebagai gimik politik bagi menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap UMNO. Menurutnya, kenyataan tersebut seperti ada agenda tersembunyi. “Maka satu jalan perlu diambil agar keyakinan rakyat kembali semula kepada parti mereka, iaitu membuat gimik agar perkara yang sudah berlaku tidak dibincangkan lagi,” katanya. Walaupun setuju dengan kenyataan Tun Mahathir itu, namun Zulkifly menegaskan ia bergantung pada majoriti sesebuah parti yang berada di Parlimen. Pada masa sama, katanya, perkara berkenaan turut tertakluk kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memilih siapa menjadi PM kerana ia sebahagian kuasa Raja-Raja Melayu. “Mereka perlu ingat, pemilihan yang dilakukan diterima Raja atau tidak, kerana Tuanku sebagai ketua negara berhak memilih pemimpin bagi sesebuah negara dan negeri. “Kita pernah lihat perkara ini terjadi di Terengganu dan Perlis yang mana Raja di negeri itu membuat pemilihan sendiri untuk jawatan Menteri Besar,” katanya.
No comments:
Post a Comment