Zaman berzaman, dari zaman batu hingga zaman millenium teknologi, manusia telah berubah, mesti berubah dan perlu berubah untuk KE TAHAP YANG LEBIH BAIK. BERANI BERUBAH akan membawa kepada tranformasi kebaikan, jika nawaitu berubah secara luhur. Berani berubah bermakna kita berani untuk melakukan sesuatu, berlainan dari yang biasa dilakukan.Berubah positif. Politik, Pemimpin,Akar Umbi mestilah berubah. PBT telah berubah. Pentadbir Negeri mesti berubah. Kita mesti Berani Berubah.
Wednesday, November 19, 2008
TITAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH
Arakian Al-tersebutlah kesah, Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman telah bertitah semasa merasmikan Dewan Undangan Negeri Kedah tanggal 20.11.08. Mendengar titah Tuanku, agar seluruh kawasan jajahan takluk Tuanku, terutama kawasan tumpuan pelancung dan Bandaraya Alor Star, disucibersih dari segala sampah. Titah Tuanku di dengar oleh semua hulubalang-hulubalang negeri Kedah yang berada dalam Dewan yang mulia itu. Suatu ketika di UUM Tuanku bertitah, agar Kedah di masyurkan sebagai 'Negeri Jelapang Makanan Malaysia'. Sekelian Hulubalang-hulubalang yang mendengar titah Tuanku, bersegeralah untuk bertindak. Sesungguhnya titah Tuanku Sultan Kedah kepada hulubalang-hulubalang, sebagai tanda Tuanku begitu kasih kepada rakyat jelata yang dibawah payung jajahan takluknya. Daulat Tuanku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment