Wednesday, November 12, 2008

ANULAE: RM1000 - RM2000 - NAK MAKAN APA HAA...

ditulis oleh; ManTuba

Nasir Bilal Khan seorang pelakon berbakat dengan 'trademark' disetiap kata-kata dlam lakonannya menggunakan perkataan ...haaa!. Filem Aku, perempuan dan ..., senikata Nasir yang selalu saya ingat adalah '1000, 2000..Mana nak cukup. Kita nak makan ape haaa!'. Babak ini semasa Nasir memarahi Sofea Jane ketika Sofea Jane menjadi Jalang Terpaksa.

Filem itu pada tahun 2001 kalau tak silap. Rupanya pada tahun 2001 pun, duit 1000-2000 pun tak cukup nak sara hidup, Bagaimana pula dengan sekarang rakyat yang bergaji RM1000-RM2000 sebulan? Nak makan ape haaa....


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. ‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.


Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 untuk kaum-kaum lain.


Harga minyak Petrol dan Diesal yang diturunkan, sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat. Tetapi 'kelembapan' penurunan harga barangan dan perkhidmatan sekarang ini, terus menekan rakyat. Keadaan ini menyebabkan penurunan harga minyak, seperti tidak memberi kesan MUJARAB kepada rakyat yang berpendapatan RM1000 - RM2000. Kuasa beli dengan wang RM1000 sekarang tidak sama pada tahun 2001. Di TESCO nilai RM258 boleh membeli barang keperluan untuk menampung 2 minggu keperluan (lihat promosi di TESCO). Sebulan dah RM518! Cukup kah dengan gaji RM1000-RM2000.


Bayangkan bagi pekerja awam bergaji kasar RM1000-RM2000, sudah tentu gaji bersihnya hanya sekitar RM700 - RM1500. Ini belum ditolak untuk belanja minyak, anak-anak sekolah, tuition anak-anak, belanja harian, pakaian dan keperluan asas sahaja. Nak makan ape haaa....


Singkap semula artikel 'kisah benar critayan' dalam blog ini, ramai kakitangan MBAS yang tidak dinaikkan gaji hampir 5 tahun, tidak dibayar ganjaran dan tidak menerima gaji permulaan yang sepatutnya..cukupkah pekerja awam ini untuk sara hidupnya dengan situasi sekarang? Sebab itulah kesatuan sekerja sektor awam (CUEPEC) memperjuangkan nasib pekerja seperti ini. Tetapi dimana Kesatuan Sekerja yang mewakili pekerja di Pihak Berkuasa Tempatan dalam membela nasib pekerja Bandaraya Alor Star? Adakah Kesatuan Sekerja seperti ANULAE tidak menyedari nasib ahli-ahlinya? Tidak dapat dibayangkan betapa tertekannya pekerja-pekerja terlibat dalam mengharungi krisis hidup. Mungkinkah ANULAE akan bertindak sehingga ahli-ahlinya menjerit 'Nak makan ape haa....'



Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000
Oleh WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.
‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.
‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 untuk kaum-kaum lain.
Dalam pada itu katanya, sebanyak 1,144,700 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000.
‘‘Seramai 614,700 daripada mereka adalah orang Melayu, 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (Orang Asli) manakala 89,900 isi rumah daripada kaum-kaum lain.
‘‘Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 terdapat sebanyak 743,000 isi rumah dengan 380,500 daripadanya adalah Melayu, 234,700 (Cina), 73,300 (India), 8,900 (Kadazan), 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.
Katanya, seramai 497,800 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 pula dengan 254,700 daripadanya adalah Melayu, 166,600 (Cina), 44,800 (India), 6,900 (Kadazan), 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.
‘‘Bagi pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan seramai 914,200 isi rumah.
‘‘Daripada jumlah itu, 419,200 adalah Melayu, 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.
‘‘Sebanyak 235,300 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 dengan 85,700 adalah Melayu, 118,700 (Cina), 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain,” jelasnya.
Sementara itu, terdapat 49,500 isi rumah yang memperoleh pendapatan melebihi RM20,000 sebulan dengan 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 dari kumpulan etnik lain.

2 comments:

Anonymous said...

Saya terkejut dengan politikpbt. Harap admin dapat mengupas dan mendedahkan sebanyak mungkin berkaitan kepincangan PBT di Kedah ini. Rakyat ingin mengetahui apakah kelemahan Yang Di Pertua2 dan setiausaha2 dalam menguruskan PBT diKedah. Kelemahan mereka menyebabkan PBT gagal memenuhi aspirasi rakyat. Rakan-rakan blog yang setuju perlu hantar sebarang artikel berkaitan PBT dalam blog ini. Kakitangan PBT Kedah perlu bangkit, kerana andalah yang sebenar-benarnya 'penghuni PBT' dan bukan Pegawai Tadbir Negeri.

Anonymous said...

Aku setuju dengan cadangan nie..kalau boss dok tekan kita buat tu..buat nii tapi gaji tak naik..kita boleh guna saluran ni untuk luahan..PTN saja dok sedap tapi orang bawah tertekan..setuju..