Buletin TV3 pada 20.11.08 telah menyiarkan mengenai memorandum dari penyokong-penyokong pas kepada kerajaan Negeri Kedah. Banyak perkara yang diproteskan dan antaranya adalah meminta Menteri besar kedah memecat Dato Othman Aziz dari KFA. Bolasepak Kedah amat berbeza dengan bolasepak di negeri-negeri lain, baik dari segi pengurusannya dan kejayaan pasukan kedah. Penulis yakin penyokong-penyokong pasukan bolasepak Kedah, bukan hanya dari kalangan UMNO, MIC, MCA, PKR atau PAS tetapi meliputi seluruh rakyat Kedah yang berada atas pagar atau golongan muda mudi yang baru nak cukup umur 18 tahun bersatu menyokong Pasukan Bolasepak Kedah atas sifat 'Rakyat Kedah'.
Maka kejayaan pasukan Kedah menggondol 'triple cup' sebanyak dua kali adalah satu kejayaan yang agak luar biasa dalam kancah bolasepak negara!. Untuk mendapatkan 3 piala dalam satu musim pun agak sukar, inikan pula untuk mengekalkan kejuaran tersebut. rakyat amat faham, apabila bertukar tampuk pemerintahan kerajaan kedah, maka akan berlakulah tampuk pemerintahan dalam segenap pentadbiran, organisasi, persatuan dan pertubuhan. Bukan hanya akan bertukar tampuk pemerintah dalam barisan exco kerajaan, bahkan akan melibatkan pertukaran barisan pemimpin di agensi kerajaan di negeri kedah hinggalah ke persatuan-persatuan sukan. Kita tak perlu terperanjat kerana ia adalah amalan biasa yang akan dilakukan kepada yang memerintah kerajaan negeri. Rakyat pun dah termaklum, seseorang yang pro kepada parti politik yang berjaya membentuk kerajaan, maka orang tersebut berpeluang untuk dilantik atau menjawat satu-satu jawatan yang dikehendaki. Maka yang tidak menyokong pula, ada harapan untuk di singkir dari persatuan, pasukan atau organisasi.
Dato' Othman Aziz adalah antara 'pengurus' pasukan yang menghadapi risiko tersebut. Umum telah ketahui, beliau adalah dari parti UMNO dalam barisan Exco DS Mahdhir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah. Tidak dinafikan bahawa beliau adalah salah seorang yang menerajui pasukan Kedah yang membawa pulang 3 piala untuk 2 musim berturut-turut. Parti PAS mula melihat bahawa Dato Othman Aziz perlu meletakkan jawatan dalam pengurusan Pasukan Bolasepak Kedah. Memecat beliau adalah langkah yang tidak releven berdasarkan kredibiliti dan rekod kejayaannya. Apatah lagi KDYMM Tuanku Sultan sendiri amat menyukai gaya terajunya. Mengekalkan Dato Othman Aziz sebagai pengurus Pasukan adalah satu tamparan pedih ke muka pemimpin PAS. Penyokong PAS melihat Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah dari PAS dilihat seperti dianaktirikan oleh YB Dato Uztaz Azizan.Maka usaha perlu digerakkan untuk mengeluarkan Dato' Othman Aziz.
Maka satu persatu peluru hidup ditembak kepada Dato Othman Aziz. Isu penyelelewengan hasil kutipan tiket mula dilepaskan. Dan kini memorandum bantahan dimajukan. Tidak pelik jika semua itu adalah 'game' yang sengaja diujudkan bagi memudahkan Menteri Besar selaku Presiden KFA untuk memulakan tindakan. Nah, sekarang alasan untuk mengadap Tuanku Sultan Kedah telah ada, untuk mengeluarkan Dato Othman Aziz. Presiden boleh menggunakan alasan bantahan rakyat. Biar apapun 'game' yang dilakukan, RAKYAT SEJAGAT berpendapat memberhenti dan menukar ketua jabatan, pengerusi persatuan atau pengurus pasukan hendaklah dalam keadaan yang berhemah. Rakyat Kedah yang berdaya maju untuk membawa mengharumkan nama Kedah, perlulah diadili dengan saksama dan diberi peluang tanpa mengira kepartian. Adakah Pasukan Bolasepak Kedah juga akan disepak-sepak seperti bola disebabkan kepartian? Penulis amat yakin, seluruh rakyat Kedah tanpa mengira kaum dan parti politik mahukan Pasukan Bolasepak Kedah terus berjaya pada musim 2009. Mereka tidak pernah mempersoalkan parti apa pengurus atau pemain itu, sebaliknya mereka sentiasa hanya mahu menjerit didalam Stadium Darul Aman 'gooool...menang'...Bukankah selama ini sebelum PAS membentuk kerajaan di Kedah, penyokong-penyokong mereka juga menjerit seronok melaungkan perkataan yang sama dengan penyokong Parti yang lain? penyokong PAS tidak pula mempertikaikan Pengurus Pasukan Kedah itu atau bertindak ramai-ramai keluar dari Stadium Darul Aman disebabkan pengurus pasukan Dato' Othman Aziz dari UMNO?
Maka tidak releven jika menyingkir Dato Othman Aziz hanya disebabkan kepartian beliau. Dato Uztaz Azizan harus bertindak sewajar-wajarnya demi pembangunan bolasepak Kedah. Lagipun Dato Ustaz Aizan dan dato Othman Aziz telah lama sama-sama mengenali antara satu sama lain. Maka jika ditakdirkan Dato Othman Aziz tidak lagi 'perform' dalam tugasnya pada musim akan datang, Presiden KFA pada masa tersebut berhak untuk menyingkirkan pengurus tersebut.
2 comments:
Betoi tu, kami sokong DOA..tahniah
la bodoh btul main bola mana ikut parti hang sapa ka mampuih pi hang la yang penting semangat berpasukan tu aku sokong pemain kedah teruskan usaha buktikan kemampuan pulun kedah pulun..
Post a Comment