Thursday, November 20, 2008

HARGA LANTAI ATAU HARGA BANTAI

Kadangkala bila mendengar 'press statement' dari YB Dato Shahrir Samad, semacam hati kita dicucuk-cucuk. Yang peliknya kita akan merasa 'sakit hati' dan geli hati. Kesah harga Minyak Petrol dan Diesel di negara kita ini, seperti sehelai skrip drama yang mengandungi 'plot-plot' dialog lawak jenaka. Skrip ini boleh dipinda-pinda mengikut gerak hati Pengarah tanpa ada kajian menyeluruh dan mengenalpasti kesan-kesan yang akan berlaku.
Satu ketika dulu, minyak dinaikkan kepada RM2.70 secara mendadak dan tergesa-gesa dengan alasan kerajaan tidak boleh menampung subsidi yang tinggi. Pada masa itu, Dato Shahrir berkata, kenaikan harga minyak ini tidak akan menyebabkan harga barang keperluan naik. Dan kerajaan mengumumkan subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan setiap liter adalah 30sen sahaja. Selebihnya akan dibayar oleh pengguna. Harus diingat bahawa pada harga minyak petrol RM1.92, kerajaan menanggung subsidi 30 sen juga.Dalam tempoh 2 minggu selepas harga minyak petrol naik RM2.70 seliter dan diesel RM1.50 seliter, harga barangan dan perkhidmatan mula naik mendadak.
Andai kata harga minyak pada masa tersebut terus naik melebihi USD147.00 setong, sudah pasti harga runcit petrol dan diesel akan turut dinaikkan oleh kerajaan. Dan kenaikan harga itu tidak ada batasannya kerana kerajaan tidak memikirkan harga bumbung bagi minyak petrol dan diesel. Oleh kerana tekanan RAKYAT, maka kerajaan mengumumkan membayar rebet minyak secara tunai kepada pemilik kereta RM625 dan motosikal RM150.00 bermula April 2008 hingga Mac 2009.
Apabila harga minyak dunia turun, kerajaan menurunkan harga runcit minyak. Hakikatnya tindakan menurunkan harga minyak negara sering lambat tidak selari dengan penurunan harga minyak dunia. Sehinggalah harga minyak dunia telah mencecah USD60.00 setong pada awal bulan November, harga runcit minyak petrol dan diesel diturunkan pada 21.11.08 pada harga RM2.00 seliter petrol dan RM1.90 seliter diesel. Kini harga minyak dunia diramalkan turun mencecah USD40.00 setong.
Terkejut dengan suasana penurunan harga minyak dunia yang sukar diramalkan, Dato Shahrir mengumumkan kerajaan sedang meneliti untuk menetepkan harga lantai minyak petrol dan diesel. Ini bermakna, biarpun serendah mana harga minyak dunia harga runcit petrol dan diesel di Malaysia akan ditetapkan pada harga minimum yang tidak boleh diturunkan lagi dari harga minimum tersebut!. Pelik tetapi benar, Minyak adalah tergolong dalam barangan kawalan dan akan menjadi satu sejarah dalam negara selepas 51 tahun Merdeka kerana akan ujud satu-satunya barangan yang ditetapkan 'HARGA LANTAI'. Pelik juga kenapa semasa harga minyak dunia memanjat naik, Dato Shahrir tidak memikirkan HARGA BUMBUNG!.
Dato Shahrir haruslah bersifat profesional dalam mengawalselia harga minyak selaras dengan statusnya sebagai menteri. Seluruh rakyat mengikuti perkembangan semasa. bagaimana isu minyak ditangani oleh beliau. Seharusnya kajian telah dijalankan secara menyeluruh melibatkan pakar-pakar tertentu dan hasil dapatan kajian tersebut WAJIB didedahkan kepada rakyat umum. Jika kajian telah dijalankan dengan teliti, sudah tentu tidak timbul sekarang ini untuk memikirkan harga lantai atau apa - apa harga sekalipun. Kajian sepatutnya telah dilakukan keatas harga runcit minyak negara, jika berlaku naik turun yang melampau harga minyak dunia. Akan tidak timbul isu yang pelik-pelik berkaitan isu minyak jika Dato Shahrir telah melakukan kajian kemungkinan.
Dalam blog ini anda boleh meneliti artikel Nasihat Pakar VS Nasihat Politik, dimana pakar ekonomi tersebut mengatakan, pada harga USD77 setong, sepatutnya harga minyak petrol kita boleh diturunkan keparas RM1.90 seliter petrol. Ini berdasarkan fakta pada tahun 2005, harga minyak petrol RM1.92 pada harga minyak dunia USD77.00 setong!. Tetapi pada pada 2008, ketika harga minyak USD77 setong, harga minyak petrol negara pada paras RM2.30!. Dan harga USD77 ini sudah berlalu 2 bulan yang lalu. Kini harga minyak dunia USD55.00 setong, dan sewajar-wajarnya harga runcit minyak petrol pada RM1.60 seliter. Alasan Dato Shahrir bahawa 'nilai ringgit' yang rendah adalah tidak masuk akal untuk dijadikan alasan harga minyak tidak boleh diturunkan ke paras yang lebih rendah. Ini kerana dagangan nilai ringgit adalah berdasarkan kepada nilai dollar Amerika. ini bermakna, nilai ringgit kita sentiasa berkadaran secara relatif dengan naik turun nilai dollar. Berbeza jika nilai dollar mengukuh dan nilai ringgit lemah. Jika ini berlaku maka nilai ringit diniagakan pada paras lebih rendah dari dollar. Tetapi keadaan sekarang adalah turun naik nilai ringgit adalah berkadaran secara relatif dengan dollar. Nilai ringgit bukanlah penentu tunggal kepada harga minyak tetapi nilai ringgit menentukan kuasa beli pada nilai ringgit tersebut.
Seharusnya Kajian Kemungkinan Harga Minyak yang meliputi Makanisma dan kesan-kesan kepada rakyat serta langkahan dan tindakan yang patut diambil oleh kerajaan telah difikir dan dilakukan setahun yang lalu, sebelum harga minyak dinaikkan mendadak RM2.70. Dengan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak terkawal naik turun harganya, kerajaan haruslah cepat bertindak untuk MENGUJUDKAN makanisma kawalan harga bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang berada dalam pasaran. Kerajaan sering menyalahkan penyangak pasaran komoditi kerana menyebabkan harga minyak menjadi karut dan tidak menentu, tetapi pada masa yang sama, kerajaan sendiri tidak dapat mengawal turun naik harga barangan dan perkhidmatan dalam pasaran Malaysia. Dunia akan 'respect' kepada negara kita, jika kerajaan mampu bertindak mengawal pasaran dalamannya.
Jika Dato Shahrir mempunyai formula 'HARGA LANTAI', maka perlu juga diformulakan 'HARGA BUMBUNG'. Janganlah terjadi lagi, menaikkan harga minyak mengikut formula 'HARGA BANTAI' sahaja.


Minyak bakal susut AS$43 setong

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Harga minyak mentah dijangka terus jatuh ke paras AS$43 (RM154.80) atau AS$44 (RM158.40) setong sebelum memantul semula selari dengan prestasi ekonomi pada tahun hadapan.
''Kami percaya harga akan merosot sehingga terbukti Amerika Syarikat (AS) berada di landasan betul untuk mengakhiri kemelesetannya,'' kata CFC Seymour Securities di Hong Kong dalam laporan yang dipetik oleh agensi berita AFP.
Di New York, harga minyak telah diniagakan di paras terendah 22 bulan apabila komoditi itu jatuh AS$0.38 ke paras AS$53.30 setong berikutan kebimbangan bahawa pasaran akan jatuh lagi kerana berkurangnya permintaan.
Pusat Pengajian Tenaga Global (CGES) di London mengunjurkan permintaan minyak dunia akan menyusut untuk pertama kali dalam tempoh 25 tahun berikutan sentimen pasaran.
Katanya, harga minyak akan terus menjunam walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.5 juta tong sehari pada bulan lalu.

1 comment:

Anonymous said...

kahh..kah..kah..memang depa buat cerita lawak la..kah..kah..kah..