Melihat scenario semasa di MBAS, kita cukup merasa takut. Klik PIHAK BERKUASA TEMPATAN. BENARLAH bahawa MBAS mengalami Krisis Modal Insan. Jika tidak ditangani dengan adil, tidak mustahil ia akan membawa bencana kepada Krisis Pengurusan dan Krisis Kewangan. Kisah benar seperti ini amat memualkan. Jika sekecil ini pun ujud 'dasar berat sebelah', maka tidak mustahil beratus-ratus kakitangan MBAS sedia ada yang benar - benar layak telah mengalami penganiayaan. Satu ketika dulu khabarnya, terdapat kakitangan kontrak Komplek MBAS yang dibuang hanya disebabkan tuduhan tidak berasas oleh ketua unitnya tetapi tidak dilalukan penyiasatan. Krisis....Sejak 3 tahun yang lalu, heboh diperkatakan penduduk Alor Star, kakitangan pengutipan sampah mengeluh kerana lewat dibayar tuntutan lebih masa lebih setahun. Krisis....
Kemudian yang terbaru, YB Dato Taulan telah dikunjungi beberapa orang kakitangan MBAS yang meminta campurtangan beliau kerana masalah Pekerja Kontrak yang tidak pernah dinaikkan gaji selama 5 tahun, tidak dibayar ganjaran walaupun menurut mereka mereka layak berdasarkan pekeliling perkhidmatan. Krisis lagi..! Sumber dari Bahagian Sumber Manusia Wisma Darul Aman pula mengatakan mereka dihubungi oleh berpuluh-puluh kakitangan kontrak MBAS yang diserap ke jawatan tetap kategori sokongan dan profesional, yang mendapat gaji permulaan yang lebih rendah dari sepatutnya dan tidak mengambilkira kenaikan gaji semasa seperti pekeliling perkhidmatan. Krisis macam ini pun ada....
Jika benar kakitangan tak layak boleh dinaikkan pangkat maka dasar penganiyaan telah diamalkan di MBAS. Sudah pasti jika siasatan dijalankan dengan seluas-luasnya, terdapat berpuluh kakitangan yang lain yang layak dinaikkan pangkat, tetapi tidak diberikan kenaikan itu. Saya membayangkan kakitangan N32 ini mestilah seorang yang 'maha hebat' sehingga Pengurusan MBAS dan Exco beriya-iya benar menaikkan pangkatnya. Maksudnya, jika kakitangan ini 'TIDAK ADA DI MBAS', maka pincanglah MBAS atau setidak-tidaknya lumpuh MBAS. Adakah setinggi itu prestasinya? Hanya seorang sahajakah berprestasi sebegini hebat? Apakah tiada kakitangan lain yang prestasi lebih hebat? Jika ramai kakitangan dan masyarakat mengatakan 'Ya' maka memanglah kakitangan ini layak. Tetapi jika 'kakitangan' MBAS sendiri mengatakan 'tidak', sehingga mencetuskan kontrovesi, Maka Pentadbiran MBAS dan Exco terbabit perlulah bersikap adil.
Sifat yang hanya memikirkan Tengkolok sendiri dengan memijak kepala orang lain serta tidak memikirkan tengkolok orang lain adalah seorang yang tidak bermaruah. Orang-orang inilah sebenarnya menjadi daki dalam krisis modal insan. Pengurusan dan Pentadbiran MBAS perlulah proaktif dan bersikap telus. Sekiranya kejayaan MBAS adalah secara berpasukan, maka pentadbiran MBAS bukan hanya melihat kenaikan pangkat N41 tetapi juga kenaikan pangkat N44, N48, W44, W48, J44, J48, S44 dan lain-lain kepada kakitangannya.
Kisah benar...itulah luahan salah seorang pegawai di Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) yang telah 20 tahun berkhidmat di MBAS apabila mengetahui salah seorang Exco Kerajaan Negeri mencabuli dasar mbas dengan mempersetujui lantikan seorang kakitangan MBAS dari N-36 kepada-41 baru-baru ini.Katanya disebabkan kekangan peruntukkan perbelanjaan, Dato Bandar telah mengumumkan dasar MBAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kenaikan pangkat kerana masalah kewangan yang dihadapi ileh MBAS.Ramai kakitangan yang bertugas sejak 15 hingga 25 tahun pada mulanya meluahkan rasa kecewa dengan dasar baru itu. Tetapi akhinrya mereka akur kerana memahami situasi yang dihadapi oleh MBAS.Segalanya berjalan dengan lancar dan kakitangan seluruhnya berpegang kepada dadar baru itu demi kesinambungan MBAS.Namun sebaik saja, kerajaan pakatan rakyat yang diketuai Pas mengambilalih pentabiran kerajaan negeri, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak terbabit terutama dalam menonjol diri mereka adalah pekera paling habt dan cemerlang.Bertindak tanpa merujuk kepada pentadbiran yang sedia ada, salah seorang Exco kerajaan negeri dilaporkan merastui kenaikan pangkat seorang kakitanan MBAS dari N-36 kepada N-41.Keputusan itu menimbulkan raa tidak puas hati di kalangan kakitangan kerana ia telah mencabul dasar yang diguna pakai selama ini.Lebih menimbulkan persoalan, pegawai yang dinaikkan pangkat tidal layak jika dinilai dari segi kelulusan. Ia kerana N-41 kebiasanya dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai ijazah sedang pegawai berkenaan hanya berkelulusan SPM.Hebat sangat ke pegawai berkenaan hingga Exco sanggup mengenepikan dasar yang dibuat oleh Dato Bandar.Ataupun pegawai terbabit ada kaitan dengan hubungan kekeluarga ataupun suaminya adalah orang kuat Pas.Secara jelas tidak pasti, apakah alasan Exco berkenaan mencabuli dasar MBAS, namun yang pasti ramai yang kecewa dengan keputusan itu.Hakikatnya, MBAS berdepan dengan masalah kewangan yang serius. pelbagai masalah termasuk kehidmat memungut sampah masih belum mencapai tahap yang dikehandaki oleh rakyat.Rakyat terbanyak pasti akur sekiranya perlantikan pegawai berkenaan mampu menyelesaikan masalah sampah yang terlah sekian lama dihadapi leh MBAS.Namun jika dilihat secara sepintas lalu, keputusan yang dibuat oleh Exco itu lebih tertumpu kepada menaikkan kroni dalam MBAS dan bukanya mencari formula bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh MBAS selama ini."Saya merayu MB melihat perkara ini, kami di MBAS merasakan keputusan yang dibuat bukan saja tidak bijak malah boleh mengeruhkan keadaan. MBAS tidak bergantung kepada individu tertentu saja untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat, kami bekerja secara kumpulan, jadi tak wajarlah hanya seorang mendapat menafaat manakala yang lain terlepas pandang" ujar pegawai yang tidak mahu namanya dikenali.
3 comments:
Ingakan krisis Abby-Norman saja yang ada. Krisis naik pangkat pun ada! Apa, 5 tahun tak naik gaji? Tukang sapu sampah pun naik gaji ooi' nasib korang memang malang. Korang tau dak berapa gaji Datuk Bandar dan Setiausaha sapu tiap bulan? Dua orang punya gaji, boleh bayar hutang gaji 5 tahun korang. Nasihat saya, korang kena pakai bomoh, baru 2 orang tu lut. Bab naik pangkat ni kena pakai bomoh. Kalau lurus bendul, sampai pencen tak naik..
ManBersih.
Krisis di MBAS memang kritikal.Macamana nak selesai krisis ni kalau boss pun pilih bulu. Boss ni jangan dok dengar cakap orang tu saja. Mesti dengar semua pandangan..lu pikiaq la sendiri
Pekerja kerajaan di agensi lain lebih beruntug dari pekerja pbt. Percayakah anda, di pbt anda hanya akan dapat jawatan tertinggi hingga gred 41? Di pbt kedah jangan mimpi nak naik pangkat gred 44, walau pun ada kekosongan jawatan. Semua akan diisi kcs, walau kelayakan mereka sama dengan kakitangan tetap pbt. Kerja dipbt semakin bertambah, tetapi nak naik pangkat amat mustahil. Mungkin kalau nak naik pangkat pun, penuh dengan duri. Lebih penting kena pandai berpolitik dalam tugas, bijak membodek dan kena pakai bomoh. Sebenarnya, pekerja pbt seperti hamba abdi. Tangan dan kaki digari. Saya syorkan pembaca seluruh pbt bersatu demi masa depan kita.
Post a Comment