Harga minyak telah mencapai nilai terendah kepada USD59.97 setong sejak Mac 2007. Turun Naik harga minyak dunia adalah berkaitan dengan sentimen pasaran minyak global akibat kebimbangan kemelesetan ekonomi dunia. Penurunan harga minyak dunia ini, menyebabkan Kerajaan Malaysia menurunkan harga minyak runcit Petrol dan Diesel. Pada 1 Nov 2008 harga runcit petrol dan diesel diturunkan sebanyak 15 sen seliter. Dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON97 akan dijual pada RM2.15 seliter berbanding RM2.30 seliter sebelum ini manakala diesel dan petrol RON92 yang sebelum ini dijual pada RM2.20 seliter akan dijual pada harga RM2.05 seliter. Keputusan itu bermakna dalam tempoh tiga bulan lalu kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 55 sen manakala harga diesel pula sudah mengalami penurunan sebanyak 53 sen.
Penurunan harga minyak ini tidak memberi nilai tambah berganda kepada ekonomi rakyat. Harga barangan dan perkhidmatan tidak turun selari dengan harga minyak. Yang peliknya, harga barangan yang diturunkan adalah oleh peruncit-peruncit sahaja. Pemborong dan pengeluar dan pengimpot masih TIDAK KEDENGARAN untuk menurunkan harga barangan. TESCO, GIANT dan CARREFOUR mula menurunkan harga jualan runcit. Sungguhpun penurunan harga yang diumumkan oleh 3 pasaraya besar ini dari 10%-30%, ianya masih tidak menggambarkan harga sebenar sesuatu barangan tersebut. Umpamanya jika pengeluar / pengimpot mengurangkan harga sebanyak 20%-30%, maka pemborong akan mengurangkan pada kadar yang lebih tinggi dari pengeluar. Dan Bayangkan peruncit pulaakan dapat mengurangkan berapa peratus penurunan harga. Hakikatnya, jika sekarang 3 pasaraya besar boleh menurunkan harga 10%-30%, dan ditambah dengan pengurangan harga pengeluar sebanyak 20%, ini bermakna harga barangan mampu dikurangkan kepada sehingga 50%.
Relevankah penurunan sebanyak ini? Sudah tentu penurunan sebanyak 10%-30% barangan adalah belum memadai, memandangkan penurunan harga minyak sekarang menjangkau 78% ( turun 55sen dari 70sen). Rakyat berhak menikmati harga barangan yang diturunkan harga sekurang-kurangnya 50%!!! Kerajaan tidak boleh terus tunduk dengan Tengkolok-Tengkolok Peniaga. Datuk Shahrir tidak boleh melepaskan maslah ini kepada rakyat dengan memberi alasan, rakyat sebagai pengguna adalah 'berkuasa' dalam kuasa beli.
Penurunan barangan yang diumumkan TESCO sebanyak 1200 barang adalah terlalu kecil jika dibanding dengan harga barang dan perkhidmatan yang naik harga yang jumlahnya berjuta jenis. Belum habis terkejut dengan harga sayur, ikan dan harga tiket bas ekspres dan henti-henti yang naik harga, kini harga perkhidmatan pengangkutan (forwarding) pula berkeras tidak mahu menurunkan harga. Menurut Datuk Yusuff Ismail, persatuan tidak pernah menaikkan kadar sewa ketika minyak petrol naik pada Jun tahun ini. Jika benar dakwaan Datuk Yusuff yang juga Presiden Persatuan Pengguna Kedah ini, maka pengeluar, pemborong dan peruncit yang menggunakan khidmat penghantaran perlu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan secepat mungkin. Datuk Yusuff perlulah menggerakkan jentera persatuan dalam mengekang peniaga yang 'liat' menurunkan harga. Malangnya, dakwaan Presiden CAKE bahawa persatuan Pengusaha Lori Wilayah Utara tidak menaikkan harga adalah pembohongan. Kerajaan yang diterajui Pak Lah harus bertindak segera dalam pengawalan harga yang melampau ketika ini.
Pepatah melayu 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' seolah-olah telah menyelubungi rakyat. Isu dan maslah ini, perlu kembali kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Shahrir Samad. Apa jadi dengan perjumpaan Datuk Shahrir dengan pengeluar dan persatuan-persatuan pengguna? Itulah sebabnya Penurunan Harga Minyak tidak memberi nilai berganda kepada rakyat. Nilai berganda rakyat adalah apabila harga barangan dan perkhidmatan dapat diturunkan secara relatif. Datuk Shahrir..beranilah berubah....
2 comments:
Hang dok cerita harga minyak dan barang-barang saja. Mana di cerita politik PBT. Kami nak dengaq cerita pasai PBT.
bgus blog ni bleh bg komen tmpa ada sekatan apa2 cm kedahlanie nk komen pun ssh la ni tgk atikel diorng xde bnyak komen jadi x hot la
Post a Comment